Followers

Wednesday, May 25, 2011

Nur Kasih The Movie Banyak Elemen Hindustan Namun Tetap Menyayat Hati




Mengisahkan tentang kisah cinta Nur Amina lakonan pendatang baru ketika itu, Tizz Zaqyah, bersama Adam (Remy Ishak) serta pengorbanan seorang abang (Fizz Fairuz) terhadap adiknya, memang mengesankan di hati penonton.
Diminati dan ditonton lebih 19 juta penonton, pengakhiran drama bersiri itu seakan-akan tidak direstui. Peminat siri berkenaan meminta agar diwujudkan kesinambungan drama bersiri berkenaan.
Dek kerana itu, sekali lagi pengarahnya Khabir Bhatia bersama isteri yang juga penulis skrip, Mira Mustafa tampil menghasilkan kesinambungannya kisah mereka menerusi filem Nur Kasih The Movie (NKTM).
NKTM dihasilkan atas kesinambungan selepas tujuh tahun daripada drama bersiri itu. Memulakan kisahnya dengan mempamerkan kesedihan Adam yang kehilangan isteri. Kesedihan seorang lelaki yang lebih suka memendam perasaan secara tak langsung mencuri hati penonton di awal minit tayangan.
Namun mood kesedihan itu lenyap terus apabila timbul konflik di antara Adam dan Nur akibat keguguran yang dialami Nur. Bukan sekali tetapi telah beberapa kali keguguran membuatkan Adam sukar menerima kenyataan tersebut.
Bagi mengubat hati lara mereka berdua (Adam dan Nur) telah pergi ke Jordan melakukan umrah dan ziarah di sana. Di sinilah, berlakunya beberapa lagi konflik yang membuatkan saya tertanya-tanya mengapa ianya ditimbulkan.
Antaranya ialah babak perlanggaran dalam keretapi ketika di Jordan dan Adam berusaha mencari Nur yang terpisah darinya. Setelah berjumpa, Nur tidak sedarkan diri dan Adam memangkunya dan memanggil cuba mengejutkan Nur yang kaku tidak bermaya.
Usapan dan kejutan yang dilakukan Adam masih belum mampu mengejutkan Nur. Lantas Adam meninggalkan Nur di tepi dan mencari satu sudut untuk berdoa agar Yang Maha Esa membantu mengembalikan kekasih hatinya itu.

Adegan ini bagi saya, cukup klise dengan elemen Hindustan, kerana mengapa perlu Adam pergi satu sudut untuk berdoa dan mengharapkan magis agar Nur terjaga?
Rasanya sudah cukup cantik jika Adam berdoa sambil memangku Nur dan mengharapkannya terjaga semula.
Akibat perlanggaran itu juga, cincin nikah yang disarung Nur hilang. Atas dasar cinta Adam meninggalkan Nur secara rahsia dan pergi mencari cincin yang hilang itu seorang diri.
Dalam pencarian di padang pasir yang besar itu juga, Adam telah mengalami kemalangan kerana ribut yang berlaku di sana. Adam hilang, dan membuatkan Nur keluar mencarinya.
Hampa tanpa jawapan, Nur meminta tolong Aidil datang ke Jordan untuk membantunya. Atas dasar kasih sayang seorang abang Aidil pastinya tidak akan mengecewakan Nur.
Tak banyak bezanya dengan filem Hindustan juga, pencarian seorang heroin pastinya tidak akan hampa. Dalam mengalami masalah komunikasi antara mereka dengan penduduk dan polis di sana Adam berjaya ditemui.
Lebih manis lagi, apabila berjumpa Adam, cincin yang hilang itu telah ditemuinya. Memang menimbulkan tanda tanya mengapa babak ini perlu ada dan bagaimana cincin yang sekecil itu mampu ditemui di padang pasir itu.
Khabir tidak membiarkan penonton tertanya-tanya terlalu lama, kerana persoalan itu pantas dijawab. Cincin itu ditemui oleh kanak-kanak yang sama menemui Adam semasa kemalangan. Satu suratan dan kebetulan yang begitu tak masuk akal.
Tetapi segala elemen Hindustan itu, secara tidak langsung terubat apabila Khabir dan Mira bijak menyentuh hati penonton dengan suntikan elemen kasih sayang yang mendalam dalam beberapa babak dalam filem itu.
Saya tidak nafikan turut tersentuh dengan beberapa adegan yang ditampilkan dalam NKTM. Antaranya ialah sewaktu Adam yang sakit terlantar namun tetap cuba menyarungkan cincin ke tangan Nur sewaktu mereka bertemu semula.
Kemudiannya, semasa Adam di hospital kerana mengalami implikasi berikutan serpihan peluru yang ada dalam badannya semasa letupan di Bombay dahulu, cukup mengesan di hati.
Kesedihan seorang ibu (Liza Othman) yang sanggup menggantikan dirinya di tempat anaknya yang sakit serta tatkala menemaninya dan meluangkan masa melihat koleksi gambar-gambar lama bersama-sama, cukup meninggalkan kesan.
Dari segi sinematografi tidak saya nafikan filem ini dihasilkan begitu cantik dan indah. Terutamanya sewaktu penggambaran di Jordan. Apabila melihatkan hasilnya membuatkan kita yang menonton terpanggil untuk ke sana juga.
Lakonan para pendukung utamanya, Tizz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz cukup mengesankan. Tidak dilupakan juga Afida Es serta Datuk Rahim Razali yang membawakan watak Nur Amina dan Aidil sewaktu tua memperindahkan lagi filem tersebut.
Bagi penulis NKTM merupakan sebuah filem yang sarat dengan mesej tersendri dan tidak rugi ditonton. Meskipun terdapat pelbagai elemen hindustan dan adegan yang rasanya tidak perlu diselitkan. Tetapi bait-bait dialog serta mesej kasih sayang antara suami ,isteri, pengorbanan seorang abang dan ibu serta kekuatan ikatan kekeluargaan yang ditampilkan berjaya meninggalkan kesan mendalam di hati penonton.
SINOPSIS
Kesinambungan dari siri televisyen yang mekar di hati 19 juta rakyat Malaysia Nur Kasih berkisar tentang Adam dan Aidil, dua jasad dari darah yang sama menyimpang jauh dari segi perwatakan. Aidil anak muda penuh pegangan agama manakala Adam sebaliknya jiwa penuh dengan berontak. Dalam memenuhi wasiat terakhir ayah tercinta Adam dan Nur Amina dinikahkan dengan penuh meriah tanpa terbias kesengsaraan yang dilalui Aidil yang dalam senyap mencintai Nur Amina sepenuh hati sejak azali lagi. Pada tika dan saat itu kehidupan mereka berubah sepenuhnya...
Demi waktu, masa kini menginjak enam tahun Aidil, Adam dan Nur berada di persimpangan kemuncak dalam kehidupan mereka. Aidil kehilangan isteri tercinta, Aliya dan kini kembara berseorangan, bapa tunggal kepada 2 anak comel Ilyas dan Maryam.
Adam dan Nur walau bahagia menyimbah tapi dalam diam bergelut dengan rontaan tidak berzuriat hingga kini. Untuk mengisi ruang kosong di hati, mereka menjadi sukarelawan di sebuah Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Terbiar. Adam juga punya kesinambungan hitam dari kejadian letupan di Mumbai ...
Semua harapan kini bersinar bila Nur disahkan berbadan dua...
Namun bencana tidak diundang menimpa dan memisah dua hati ini kembali. Takdir menentu, Aidil datang antara kedua mereka lantas menjadi kekuatan dan semangat. Takdir dan dugaan Allah bersatu merentas abadi buat mereka bertiga.

Rozita Che Wan dan Shahir AF8 sah bercinta


Hampir setahun gosip percintaan Rozita Che Wan dan Shahir AF8 tersebar tanpa ada sebarang pengakuan, Kini akhirnya Rozita Che Wan membuat pengesahan yang mereka berdua sememangnya sedang hangat bercinta.. Walaupun banyak tentangan daripada peminat Shahir AF8 gara-gara perbezaan umur 16 tahun diantara Rozita Che Wan dan Shahir, itu semua bukan halangan untuk mereka berdua meneruskan hubungan yang murni tu…

Pengakuan yang dibuat di Berita Harian tu turut mengatakan yang hubungan percintaan mereka berdua sudahpun diketahui oleh rakan-rakan media, Tetapi demi menjaga hati ramai pihak termasuk peminat Shahir AF8 sendiri, perkara itu tidak dihebahkan kepada umum…
“Kebelakangan ini pun sudah kecoh mengenai kisah peminat fanatik yang tidak merestui hubungan kami. Tetapi itu di luar kawalan saya. Cuma sejauh mana fanatik peminat Shahir sekali pun, mereka tidak menghalang mahupun mengongkongnya dalam soal membabitkan hati.
“Dia lelaki baik. Saya tertawan dengan sikap dan budi pekertinya. Saya senang bersamanya. Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi. Cuma setakat ini, keluarga masing-masing tidak tahu dengan jelas hubungan kami.
“Soal merencana masa depan, sebaiknya soalan itu ditanya kepada Shahir. Saya hanya mampu berserah, pada masa sama berharap hubungan kami akan berakhir ke jenjang pelamin. Saya mengharapkan pengakhiran yang indah,” (petikan daripada Berita Harian)

Tuesday, May 24, 2011

Salma, Shiha & Iqa Bakal Berentap Tentukan Juara Mentor 5




Tup-tup kita sudah hampir sampai ke penghujung rancangan Mentor 5. Ramai yang terkejut dengan keputusan separuh akhir semalam. Rata-rata terkejut kerana peserta pilihan ramai, Salma tidak dapat layak ke final. Nasib baik TV3 membuka peluang kepada Salma dengan menukar format final Mentor 5 kepada 3 orang peserta. Adakah ini satu cara untuk TV3 meraih lebih banyak undi? Maklumlah Salma kan ramai peminatnya.
Apa pun, ramai yang berkata punca utama Salma mendapat markah yang rendah kerana over confidence. Mungkin ada benar juga kata-katanya itu. Bagi Abang Nara, mungkin Salma tidak cuba mengvariasikan persembahannya setiap minggu. Mungkin mentor Erra Fazira boleh cuba tengok balik di mana kelemahan yang ada. Yang penting, jangan over confidence takut menangis tak berlagu kalau kalah nanti
Apa pun sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal bergelar juara Mentor 5 nanti. Final yang dikuasai oleh 3 orang wanita iaitu Salma, Shiha dan Iqa pastinya menjanjikan satu persembahan yang mantap. Siapakah juara Mentor 5 pilihan anda

Gambar Nera AF9 Seksi Berbikini


Peserta Paling Cun Dan Hots Dalam Rancangan Realiti Akademi Fantasia Musim Ke-9, Nera Atau Nama Sebenarnya Queennera Francine Francis Kitingon Telah Terkeluar Hari Ini, Oh! Tidakkk... Tak Sangka Haku... Ingatkan Si Azri Pelajar AF9 Yang Bakal Tersingkir Malam Ini.. Namun, Sangkaan Aku Jauh Meleset.. Awek Ku, Nera Yang Menjadi Mangsa Keadaan..
Apa Boleh Buat, Biasa La Kan.. Adat Dalam Perlawanan.. Kalah-Menang Itu Suatu Yang Pasti.. Maybe Nasib Malam Ini Menyebelahinya Malam Ini.. Untuk Pengetahuan Korang Yang Tak Tau, Pelajar AF Yang Berada Di Ranking Teratas Buat Minggu Ini Jatuh Kepada Hazama, Yang Telah Menerima 29% Undi, Di Ikuti Oleh Fina 17% Undi, Lena 15% Undi, Erul 13% Undi Dan Azri Dan Nera Masing-Masing Mendapat 13% Undi...Jadi,Disebabkan Frust Punya Pasai, Aku Pon Merajinkan Diri Men-Google Gambar Nera Sebagai Penawar Rindu.. Ini Yang Aku Jumpa Bah.. Gambar Yang Bakal Membuatkan Lelaki Miang Seperti Aku Berdarah Hidung... Layan Jer La...




Tuesday, May 17, 2011

Speed Gear 7.1 + Crack[speed hack cso online]



Speed ​​Gear 7.2 Download - Kelajuan game terbaik Perisian hack, hack kelajuan permainan dengan satu klik!

Gear Speed ​​adalah kelajuan hebat hack software untuk menukar kelajuan permainan. Hal ini dapat hack kelajuan semua jenis permainan. Gear kelajuan sangat mudah digunakan, anda boleh menekan sebuah hotkey mudah diakses untuk mempercepatkan permainan Facebook, permainan melambatkan atau menyesuaikan permainan dengan kelajuan anda merasa paling selesa dengan.

Gear Speed ​​akan memberi anda pengalaman baru tanda sambil bermain game. Sebagai contoh, dengan program ini, anda boleh melambatkan aksi permainan sehingga anda boleh mengalahkan bos mudah.

Speed ​​Gear menyokong Windows 9x, ME, NT, 2000, XP, Vista dan 7, hampir semua OS Windows.




Download Disini