Followers

Monday, August 29, 2011

Fakta menarik mengenai manusia

  • Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.
  • Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam. Ini adalah disebabkan lapisan  tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang.
  • Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.
  • Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.
  • Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia 2-6 tahun.
  • Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.
  • Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.
  • Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.
  • Berat badan manusia adalah 40 kali ganda daripada berat otak.
  • Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas.
  • Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295  kali ketika makan malam.
  • Air kencing anda akan berwarna kuning cerah sekiranya banyak memakan ulam-ulaman.
  • Tenaga yang dilepaskan sekiranya 1 billion orang melompat pada masa yang sama adalah dianggarkan separuh daripada       tenaga nuclear.
  • Purata bayi akan lahir didunia adalah selang 7 saat.
  • Seseorang dianggarkan bernafas 10 juta kali setahun.
  • Pada ketika ini, jumlah orang yang hidup adalah lebih banyak daripada orang yang telah mati.
  • Tubuh manusia lebih sesuai untuk tidur selama 4 jam 2 kali sehari berbanding daripada tidur lapan jam sekali sehari.
  • Dianggarkan janggut seorang lelaki mengandungi antara 7,000 hingga ke 15,000 helai rambut.
  • Janggut lelaki akan tumbuh sekitar 140 mm setiap tahun.
  • Rambut adalah 70 peratus lebih mudah untuk dipotong ketika direndam dalam air suam selama dua minit.
  • Tulang paling keras pada tubuh manusia adalah tulang rahang.
  • Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki.
  • Kaki adalah bahagian tubuh yang paling sering digigit oleh serangga.
  • Kuku yang paling cepat untuk tumbuh adalah kuku jari hantu.
  • Otot paling kuat pada tubuh manusia adalah lidah.
  • Manusia pertama kali dijangkiti virus HIV pada tahun 1930-an.

Friday, August 26, 2011

Kesan dan bahaya Love Bite[Gigitan cinta]


Lovebite merupakan benda yang tak asing lagi hubungan rumah tangga untuk pasangan yang dah berkahwin. Yang tak kahwin lagi pun mungkin ramai yang dah tahu. Ramai dari kita yang tahu bila & bagaimana lovebite ni dihasilkan tapi mereka tak tahu yang sebenarnya lovebite ni BAHAYA!
Untuk yang tak tahu lagi, apa sebenarnya lovebite ni?
LOVEBITE (gigitan cinta) adalah lebam sementara atau tanda tanda bewarna biru keungguan akibat perbuatan mencium, menghisap atau menggigit kulit dengan kuat sehingga kulit tertarik dan menyebabkan pecah darah di bawah kulit tersebut. Hickeys (lovebite yang terhasil) boleh kekal selama 4-12hari ditubuh seseorang dan kelihatan sama seperti lebam biasa. Tapi kalau dah lebam tu kat tengkuk tu faham faham je lah.
Secara umumnya, hickeys/lovebite boleh dihilangkan dengan meletakkan ais. Tapi sebenarnya, cara ni berkesan hanya untuk lovebite yang terhasil kurang dari 10minit. Untuk yang lebih dari 10 minit tu, gunalah trick berpakaian. Sama ada pakai shawl atau naikkan kolar baju tshirt.

Kenapa lovebite berbahaya?
Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.
Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

Thursday, August 11, 2011

Rahsia Keserasian Pasangan Menurut Urutan Kelahiran


Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dan tarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dan keserasian pasangan. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat mereka mengatakan si dia bukan jodoh kita.
Benarkah demikian?
Sekadar ingin tahu, tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurut para orang tua zaman dulu?
Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia  saat ini.
Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bungsu, si sulung dengan si bungsu, si tengah dengan si bungsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:

Si Sulung dengan si Sulung
Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan. 

Si Sulung dengan si Tengah
Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok  bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang 

Si Tengah dengan si Tengah
Memiliki potensi untuk serasi di antara  satu sama lain. Meskipun keduanya si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang lainnya agak kebungsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi. 

Si Tengah dengan si Bungsu
Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan si bungsu.

Si Sulung dengan si Bungsu
Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimana mengurus hidup dengan  lebih baik dan  serius. Si bungsu akan dapat mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.

Si Bungsu dengan si Bungsu
Berhati-hatilah kerana anda  berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.

Anak Tunggal dengan anak Tunggal
Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan  banyak waktu untuk  hidup rukun dan saling mendukung. 

Semua kenyataan diatas hanyalah bertujuan untuk pembacaan dan bukan untuk kita terlalu mempercayai dan ambil bulat-bulat mengenainya.
Semoga anda semua bahagia dengan pasangan masing-masing.

Wednesday, August 10, 2011

JANGAN hidupkan penghawa dingin sebaik menaiki kereta!

Ketika anda memasuki kereta anda janganlah sesekali menghidupkan terus aircond. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan komponen-komponen di dalam kereta seperti dashboard, sofa, pewangi udara akan menghasilkan Benzene, iaitu sejenis toksin yang boleh menyebabkan kanser.
Toksin itu adalah carcinogen. Ia dapat diketahui dengan bau yang keluar daripada haba bahan-bahan plastik di dalam kereta. Selain daripada kanser, ia boleh menjadi racun untuk merosakkan tulang. Kesannya adalah anemia serta mengurangkan sel darah putih.  Boleh menyebabkan Leukemia dan menjadi punca keguguran bayi dalam kandungan jika ianya berlarutan.


Benzene yang terdedah telah ditetapkan kadar yang diluluskan  iaitu 50 mg untuk setiap kaki persegi. Kereta jika diletakkan di kawasan yang berbumbung dengan tingkap tertutup dapat menghasilkan 400 ke 800 mg Benzene. Oleh itu, jika kereta diletakkan di kawasan yang terdedah serta tingkap yang tertutup, tahap Benzene boleh mencapai 2000 ke 4000 mg sekaligus penumpang-penumpang di dalam kereta akan menyedut toksik yang sangat banyak tanpa mereka sedari.
Untuk mengelakkan daripada terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini, anda dinasihati untuk membuka tingkap ataupun pintu terlebih dahulu supaya dapat memberikan udara dari dalam keluar. Benzene merupakan sejenis toksik yang boleh merosakkan buah pinggang serta hati dan amat sukar pula bagi sistem tubuh manusia untuk mengeluarkan toksik tersebut dari badan.

Tuesday, August 9, 2011

Punca lelaki buncit selepas kahwin [18sx]

Ramai yang bertanya  kenapa orang lelaki bila dah berkahwin perut akan buncit. Selalu juga dengar orang cakap macam ni, “Sekarang ni kurus. Dah kawen nanti mesti gemuk.” Walaupun istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik.
Kalau jenis gemuk dari sebelum kahwin macam tak pelik sangat. Yang jadi pelik bila sebelum kahwin kurus kering dah kahwin badan naik berpuluh kilo. Kadang kadang badan ok, tak naik sangat pon, tapi perut dah 2 tahun mengandung pon tak beranak lagi


Lelaki buncit selepas kahwin...kerana
Secara logiknya ni apa yang kita selalu kata kalau buncit lepas kahwin jadi persoalan:
  • Mane tak buncit, makan-minum semua tersedia bila dah kawen, nak pergi bersenam pon agak malas sebab bini dah ade kat rumah bersenam dengan bini je la.
  • Dah kahwin, tak payah lah nak pikir pasal ‘market’. Cukuplah ada bini sorang.
  • Isteri suka masak & suka try resipi baru, suami akan jadi bahan uji kaji or juri professional.
  • Dah memang keturunan perut buncit, nak buat macam mana… Terima je la…
Tapi hakikatnya atau fakta yang perlu kita tahu:
  • Lelaki yang dah kahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya.Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui alat sulit lelaki semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon yang membuatkan perut senang buncit.
  • Bila ade sexual intercourse, orgasm & etc kelenjar pituari kat otak akan merembes hormon yang encourage cell growth.
  • Lepas kahwin, selalu ada sexual activities. Kadar testosteron menurun masa air mani keluar akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Sebab tu perut senang buncit sebab badan susah nak bakar lemak/kalori.
  • Hormon estrogen (pengumpul lemak) yang tinggi dalam badan yang merosakkan hormon testosteron. Kurang hormon testosteron, muscle produced akan berkurang.
Perempuan pun sama jugak, tapi perempuan lepas kahwin bertambah berat badan secara overall sebab terkena ‘buatan orang’. Fakta mengatakan perempuan bertambah berat badan kerana khasiat air mani si suami itu sendiri. Antara khasiatnya:
  • Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein yang berkhasiat.
  • Protien yang banyak akan meransang pertumbuhan sel dalam badan & menurunkan metabolisme.
  • Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.
  • Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta juta hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.
Bukanlah kena melawan fitrah kehidupan berumah tangga, tapi bila tengok pada punca, kesemua datang dari faktor hormon. So, cara untuk atasi/kurangkan  perut buncit atau gemuk  selepas berkahwin kita kena ‘kacau’ balik hormon kita.
  • Paling utama, kurangkan hormon estrogen melalui pemakanan ataupun ambil anti-estrogen.
  • Senaman dan gaya hidup sihat perlu diamalkan kerana boleh menstimulasikan kelenjar hormon kita agar bekerja secara optimum.

PERHATIAN : Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.

Kekal Cergas di Bulan Ramadhan


Sebagai umat Islam, kedatangan bulan Ramadhan adalah yang paling ditunggu-tunggu kerana penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Kebanyakan daripada kita mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk menumpukan kepada aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan dan memperbanyakkan ibadat dan berehat seketika daripada melakukan aktiviti luar dan lasak. Kepenatan setelah seharian penat berpuasa menyebabkan kita tidak lagi memikirkan tentang perlunya melakukan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kecergasan. Memang tidak dinafikan apabila kita berpuasa, badan akan menjadi letih disebabkan oleh kekurangan tenaga di dalam badan. Faktor cuaca di negara kita yang panas dan keadaan di sekeliling kita terutama di bandar-bandar besar juga menjadi faktor yang menyebabkan badan kita mengalami keletihan dan menjadi lesu.

Namun begitu, kita tidak seharusnya alpa dan lalai dalam mengambil berat tentang aspek penjagaan kesihatan diri kita. Alasan berpuasa tidak seharusnya membolehkan kita menjadi malas seperti hanya duduk di depan televisyen dan menghabiskan masa di siang hari dengan tidur.  Jika kita tidak mengambil berat tentang aspek pemakanan ia sedikit sebanyak akan menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, risiko menjadi obesiti dan lain-lain lagi.

Walaupun sedang berpuasa, kita juga boleh terus kekal cergas dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman ringan bergantung kepada keupayaan seseorang individu itu. Bulan puasa tidak boleh dianggap sebagai bulan untuk berehat dari melakukan aktiviti-aktiviti berbentuk kecergasan. Kebanyakan daripada kita menganggap bulan puasa sebagai platform untuk menguruskan badan dan mendapatkan bentuk badan yang menarik. Hakikat ini memang tidak dapat dinafikan, namun begitu dengan mengamalkan diet sahaja ia sebenarnya tidak membantu kita untuk kekal cergas di bulan puasa ini. Kepelbagaian pengambilan jenis makanan sewaktu berbuka puasa menyebabkan badan kita tidak dapat menghadam dan memproses makan dengan sempurna. Ini ditambah pula dengan makanan yang berlemak dan berminyak serta aneka kuih-muih yang manis menyebabkan lemak-lemak yang tidak dapat dihadam tadi tersekat dan berkumpul di sekitar saluran darah. Setiap kalori yang terkandung di dalam makanan perlu dibakar dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersenam. Selain dapat mengeluarkan peluh, ia juga membantu melancarkan aliran darah dalam badan dan membantu meningkatkan kekuatan otot bergantung kepada jenis aktiviti yang kita lakukan.

Waktu yang paling ideal untuk kita bersenam di bulan puasa sebenarnya bergantung kepada keselesaan dan kesesuaian masa individu itu sendiri. Namun begitu waktu petang sebelum berbuka puasa adalah masa yang paling sesuai. Ini kerana kekurangan cecair yang diperlukan akan dapat diganti semula sejurus selepas waktu berbuka puasa. Aktiviti senaman ringan seperti berjalan pantas dan berbasikal sudah memadai untuk membantu membakar lemak di dalam badan. Bagi yang lebih berkeupayaan atau mereka yang biasa bersukan, mereka boleh teruskan dengan rutin riadah harian mereka seperti bermain tenis, berjoging mahupun berkebun asalkan tidak memudaratkan dan mendorong kepada keinginan untuk berbuka puasa sebelum waktunya.

Pada waktu ini kekurangan glycogen di dalam badan kerana berpuasa akan membantu proses pembakaran lemak. Glycogen bermaksud tenaga yang kebanyakannya ialah glukos yang tersimpan di dalam badan (hati) yang berpunca daripada makanan yang kita ambil samada ketika bersahur ataupun berbuka. Sewaktu bersenam ataupun melakukan aktiviti-aktiviti fizikal, kadar nadi dan pernafasan kita akan menjadi lebih cepat berbanding biasa. Oleh itu, badan kita memerlukan tenaga untuk membolehkan kadar nadi dan pernafasan kita menjadi cepat. Tenaga yang terhasil daripada makanan yang kita ambil akan digunakan sewaktu kita bersenam. Namun begitu, kita harus lebih berhati-hati ketika melakukan senaman di bulan puasa bagi mengelakkan daripada ”dehydration”. Keadaan ini mudah terjadi kerana badan kita kekurangan cecair yang diperlukan disebabkan berpuasa. Ditambah pula dengan peluh yang terhasil akan menyebabkan kita mudah terdedah kepada situasi yang berisiko ini. Antara simptom-simptom ’dehydration’ ialah pening, penglihatan menjadi kabur dan air kencing pekat.

Selain daripada waktu petang, kita juga boleh melakukan aktiviti senaman di sebelah malam iaitu selepas waktu berbuka puasa dan solat tarawikh. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan mestilah bersesuaian dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan kita. Ini kerana makanan yang diambil sewaktu berbuka tidak dapat dihadamkan sepenuhnya. Ia mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan kepada kita jika terus melakukan aktiviti-aktiviti berat seperti latihan mengangkat beban dan sebagainya.

Untuk kekal cergas di bulan Ramadhan, adalah disarankan juga bagi mereka yang tidak berkemampuan atau berkeupayaan untuk bersenam atau bersukan, supaya melakukan aktiviti fizikal harian seperti mengemas rumah, berkebun, membasuh kereta dan berjalan sebagai alternatif untuk mereka cergas di bulan puasa ini. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal ini, otot-otot di dalam badan akan dirangsang untuk lebih bertenaga dan menjadikan kita berasa sihat. Sebagai contoh sudah memadai bagi suri rumah jika tidak berkesempatan untuk bersenam dengan menggantikannya dengan aktiviti seperti mengemas rumah dan membersihkan halaman rumah. Selain dapat menggerakkan otot-otot tubuh badan, kita akan dapat mengelakkan diri daripada menjadi malas. Selain itu, aktiviti fizikal seperti menaiki tangga dan berjalan juga membantu menjadikan kita cergas walapun di bulan puasa ini.

Sebelum kita melakukan aktiviti senaman dan bersukan kita harus menilai keupayaan badan dan kemampuan kita.Setiap individu adalah berbeza tahap kesihatan dan keupayaan anggota tubuh badannya. Komposisi tubuh dan ketahanan badan mereka juga tidak sama dengan individu yang lain. Hal ini penting sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit seperti kencing manis dan sebagainya. Badan seorang pesakit itu sensitif dan mudah terdedah kepada risiko kesihatan yang lain jika tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pakar. Sekiranya mereka ingin juga melakukan aktiviti senaman di bulan puasa ini adalah disarankan supaya mereka mendapatkan nasihat dan pandangan doktor untuk mengelakkan sebarang implikasi buruk.

Apa yang penting sekiranya kita ingin kekal cergas dan sihat di bulan puasa ini, amalan melakukan aktiviti fizikal dan senaman merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan selain daripada penjagaan makanan yang teratur. Sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman kita mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan selepas selesai bersenam. Amalkanlah aktiviti fizikal dan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 30 minit setiap sesi. Kombinasi di antara pemakanan yang sihat, aktiviti fizikal yang bersesuaian dan rehat yang secukupnya dapat menjadikan badan kita lebih sihat meskipun sedang berpuasa. Ditambah pula dengan keberkatan dengan memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini, tidak mustahil kita akan lebih sihat daripada bulan-bulan lain.

Monday, August 8, 2011

Blog yang menghina islam-Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara-terbongkar identitinya

akhirnya GaySec telah pun membongkar siapa Hajjah Sitt Al-Wuzara yang sebenarnya bagi sesiapa yang belum tahun Hajjah Sitt Al-Wuzara ini pemilik blog https://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com/ yang menghina Islam, dan ramai ingin tahu siapa sebenarnya beliau ni facebook beliau
dan Alhamdulillah pihak Hackers GaySec dengan operasi yang diberi nama #OPSRamadan telah membongkar siapa sebenarnyan disebalik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini

dikatakan orang ini aktif di
  • Malaysian Apostate FB Group
  • Malaysian Athiest, Freethinker, Agnostic
  • Friendlyatheist.com
apabila makcik nie online dia akan guna proxy agar tidak mendedahkan ip address yang sebenar, dan terdapat satu gambar beliau bersama-sama dengan Marina Mahathir





dan ada banyak lagi bukti tentang dia nie yang korang leh baca kat laman GaySec mereka menyediakan slideshow yang lengkap dengan segala bukti yang korang leh tengok sendir
aku tak tau apa yang akan mereka-mereka buat setelah tau siapa sebenarnya Hajjah Sitt Al-Wuzara ini kerana ramai ingin tahu siapa dan sekarang ini sudah terbongkar
namun sebelum Gaysec mendedahkan bukti ini dikatakan Hajjah Sitt Al-Wuzara sudah mula kalut, ini yang dikatakan di fb Gaysec
[UPDATE] #OPS RAMADAN: Makcik Hajjah Al Wuzara sudah kalut.. kelihatannya dia sudah mula memadamkan semua jejaknya (traces)..tapi tindakan bodoh sebegitu hanya memerangkap dia sahaja.kerana kami awal2 lagi sudah menyimpan screenshot dan semua bukti2 amoi atheist ni.
so kalau korang lah, apa korang nk buat setelah tahu siapa sebenarnya Hajjah Sitt Al-Wuzara ni? dan terima kasih sekali lagi kepada pihak GaySec 
p.s untuk berita lanjut korang leh layari lamanhttp://www.gaysec.org/ kalau takleh korang leh cuba ini http://www.scribd.com/doc/61799442/Hajjah-Sitt-Al-wuzara2 


Assalamualaikum dan syabas sy ucapkan kepada hackers2 yg membongkar hal ini… demi membela ISLAM ….sila sebarkan credit to:http://www.informasi.my/


Sunday, August 7, 2011

Meriam Buluh



Meriam buluh adalah sejenis mercun buatan sendiri yang popular semasa musim perayaan Hari Raya di Malaysia. Seperti juga mercun yang lain, meriam buluh diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan 1957; ironinya, semakin ramai kanak-kanak Melayu beralih kepada meriam buluh yang lebih berbahaya sebagai alternatif kepada mercun komersial yang diharamkan oleh kerajaan.

Sesebuah meriam buluh biasanya terdiri daripada sebatang buluh yang besar serta campuran kalsium karbida dan air. Tindak balas kimia yang terhasil daripada campuran kalsium karbida dan air di dalam buluh menghasilkan asetilena, gas yang mudah meletup. Gas asetilena akan meletup apabila didedahkan kepada api. Letupan tersebut boleh mengakibatkan kecederaan teruk jika tidak dikendalikan dengan berhati-hati.

Minyak tanah juga digunakan sebagai bahan api. Kurang daripada secawan (lebih kurang 200 ml) minyak tanah panas dibubuh di dalam lubang kecil pada meriam buluh. Sebatang kayu kecil digunakan untuk membakar wap yang terhasil dan seterusnya menghasilkan letupan meriam. Seterusnya udara segar dibiarkan masuk ke lubang kecil itu dan meriam dibakar lagi. Sedikit latihan diperlukan bagi menghasilkan letupan yang paling kuat. Biasanya, buluh yang digunakan berdiameter antara 4 hingga 6 inci serta panjangnya antara 4 hingga 5 kaki.


Oleh kerana buluh yang digunakan tumbuh secara semulajadi, ia tidak mempunyai kekuatan yang sekata. Dengan itu tidak terdapat jaminan buluh yang digunakan mampu bertahan dengan letupan yang terhasil, maka ia mampu pecah meletup. Ini menjadikan ia tidak dapat dijangka. Letupan inilah yang merbahaya kerana buluh akan berderai akan terpercik seperti lidi dan selumbar. Itu tak termasuk bahanapi yang mungkin akan terpercik dan menyebabkan kelecuran dan kecacatan kekal pada muka dan anggota badan akibat letupan tadi.

Sesetengah orang akan membalut meriam buluh tadi ketat-ketat dengan tiub basikal. Ini dilakukan pada tiga atau empat tempat penting. Antaranya adalah di bahagian muncung, tengah dan pangkal. Selain itu, untuk mengukuhkan lagi balutan itu, buluh itu akan di ikat pula dengan beberapa kali lilitan dawai kasar.

Kesannya, apabila buluh mulai lemah, ia akan remuk sendiri akibat dari kesan menjerut tiub basikal itu sebelum ia sempat meletup. Sekiranya ia meletup sekali pun, kebiasaannya buluh akan meremuk terus kerana jerutan tiub basikal tadi. Dawai itu pula akan menghalang tiub basikal dari meregang banyak sangat dan menghembur serpihan orang sekeliling.

Cara mengatasi kemarahan


Anda selalu bergaduh dengan pasangan anda. Ada jugak yang bergaduh dengan ibu bapa anda. Tidak pandai untuk mengawal kemarahan. Asal tak puas hati je meninggikan suara. Ajak orang bergaduh sana sini.

Ada beberapa cara untuk menenangkan diri anda yang marah itu. Antaranya ialah:

Berwuduk
Ini adalah cara terbaik. Ketika anda sedang marah, berwuduklah. Pasti akan redha kemarahan itu. Selain itu, wuduk juga dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. So, amalkan la dengan berwuduk.

Beribadat
Perkara paling senang untuk dilakukan. Bagi umat Islam hari-hari diwajibkan solatkan?? Solat tu dah dikira ibadat. So jangan lah tinggal solat. Senangkan. Solat dapat menenangkan diri anda. Anda juga boleh melakukan ibadat lain seperti qiamullail, baca al-quran dan macam-macam lagi sebagai tambahan.

Makan Coklat
Ada kajian yang menyatakan bahawa makan coklat dapat mengurangkan tekanan darah dengan membesarkan pembuluh darah. So kurang lah naik darah tu.

Melihat Pemandangan Cantik
Melihat alam ciptaan Allah ini memang banyak hikmahnya. Kagum dengan segala ciptaanNya. Hati anda akan lebih sejuk.

Amalkan Minum Teh
Teh dapat menurunkan kadar peningkatan hormon marah. So bila tiada hormon tu, anda tidaklah naik angin tidak tentu pasal jer.

Menonton Video Atau Cerita Lucu
Dengan menonton dan menbaca sesuatu yang lucu anda akan ketawa. Dengan ketawa anda boleh menghilangkan sedikit sebanyak duka atau masalah-masalah yang berlaku. Anda akan merasa lebih happy.

Berurut
Anda boleh mengurut sendiri kepala anda. Ataupun nak lebih sedap suruhla rakan-rakan anda ataupun sesiapa saja yang urut. Kalau rasa banyak duit boleh pegi spa. Satu badan dia urutkan.

Mandi
mandi jugak boleh meredakan kemarahan.Apabila kita mandi seluruh tubuh akan kembali sejuk dan boleh meredakan atau mengurangkan sesuatu  kemarahan

Meluahkan Perasaan
Kadang-kadang bila kita simpan sesuatu didalam hati kita menyebabkan kita akan cepat naik marah. So, jika ada sengketa berkongsilah dengan sesiapa saja. Kita akan memperoleh banyak cara untuk melerai kerumitan yang terjadi. Jangan tanggung seorang diri. Lebih banyak kita kongsi, lebih banyak idea yang akan diperolehi untuk selesaikan masalah.

Banyak lagi sebenarnya. ,ini antara sebahagian yang dilakukan bagi orang meredakan kemarahan mereka. Sama-samalah kita amalkan.