Followers

Tuesday, January 31, 2012

5 Tips Mengekalkan Hubungan Jarak Jauh


Bercinta jarak jauh bukanlah bererti berakhirnya sebuah hubungan kamu dengan si dia. Mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang memaksa kamu berdua berpisah untuk sementara. Oleh itu, kamu perlu melakukan sesuatu supaya hubungan yang dijalinkan berjalan seperti biasa.

Di bawah terdapat lima tips untuk mempertahankan hubungan ketika kamu berdua terpisah oleh jarak jauh.

1.
TETAP BERHUBUNGAN SETIAP MASA
Tidak terputus hubungan adalah kunci perhubungan cinta jarak jauh. Chatting, sms atau email secara teratur adalah salah satu langkah terbaik yang dapat dilakukan bagi menyelamatkan sesebuah perhubungan.

2. LAKUKAN AKTIVITI KESUKAAN
Jangan mensia-siakan hidup hanya kerana si dia berada jauh dari pandangan. Lakukan aktiviti harian kamu seperti biasa.Jika dahulu kamu tidak mempunyai masa, maka gunakanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin.


3. JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN FAHAM BERPANJANGAN

Jika berlaku perselisihan faham, selesaikan dengan segera, jangan dibiarkan terlalu lama kerana takut menjadi semakin rumit. jangan sesekali mengabaikan mesejnya.

4. TUNJUKKAN PERHATIAN KAMU
Jangan jadikan jauh sebagai alasan! Tunjukkan kepadanya perhatian yang telah kamu berikan. Kirimkan kepada si dia e-card yang lucu, hangat dan menyentuh perasaan.

5. REALITI
Jangan fikir dunia sudah berubah jika kamu bersatu kembali akhirnya. Ada banyak perkara yang terjadi dan perlu di fahami semasa kamu terpisah. Mungkin keadaan
tidak lagi sama seperti dahulu. Oleh itu,luangkan masa bersama dan berbincang dengan baik tentang diri kamu semasa terpisah dahulu. Ini adalah jalan terbaik untuk memahami kehidupan masing-masing.

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM


1.Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Antara 13 Aurat Wanita


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Monday, January 30, 2012

8 Sebab Mengapa Perempuan Perlu Bertudung


1.Tuntutan agama
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2.Mengurangkan dosa
Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat.  Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

3.Lebih pintar dan tenang
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4.Tidak membazir
Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5.Lebih sopan dan manis
Lebih 98%  lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6.Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7.Menjadikan diri anda “Mahal”
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8.Lebih dihormati
Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi
Sebenarnya banyak lagi, tapi MK rajin senaraikan 8 je. Disini MK nak ingatkan lagi, pandanglah 8 perkara ini dari  segi pemakaian  dan niat yang betul barulah selari dengan 8 perkara ni

Sunday, January 29, 2012

Asteroid nyaris langgar bumi semalam

WASHINGTON 28 Jan. - Asteroid bersaiz sebesar bas hampir-hampir melanggar Bumi semalam, walaupun pakar sebelum ini tidak bimbang dengan kesannya.

Pengarah bersekutu Pusat Planet Kecil yang beribu pejabat di Amerika Syrikat, Gareth Williams berkata, asteroid yang diberi nama 2012 BX34 itu mempunyai ukuran diameter antara enam hingga 19 meter.

Kewujudannya sebelum ini tidak diketahui sehinggalah ia dikesan oleh teleskop di Arizona pada Rabu lalu.

Menurut Williams, 2012 BX34 hanya berada sejauh kira-kira 60,000 kilometer daripada Bumi ketika ia melintasi pada pukul 11 malam tadi waktu Malaysia.

"Insiden yang disifatkan oleh pemerhati angkasa lepas sebagai 'hampir mengenai Bumi' itu menjadikannya antara 20 asteroid yang paling hampir melanggar Bumi," kata Williams.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Khamis lalu mengumumkan bahawa asteroid itu akan 'selamat melalui Bumi pada 27 Januari'.

Williams berkata, ekoran saiznya yang kecil, 2012 BX34 hanya boleh dikesan ketika ia hampir dengan Bumi. - AFP

Saturday, January 28, 2012

Bumi berdepan ribut solar yang terkuat


GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari

Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.
Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.
Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.
Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.
Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.
Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.
Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Peristiwa inilah yang sering disebut dengan istilah Solar Storm atau Ribut Solar

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.
Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.
Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. 

Tips Berkomunikasi Dgn Pasangan


Sedar bahawa disetiap perselisihan faham yg berlaku, tiada mana² pihak yg menang atau kalah.. Kemenangan adalah terletak kpd cara penyelesaian terhadap masalah dan bukannya hujah yg disampaikan utk mempertahankan diri masing²..

Berkompromi atau bahasa yg lebih mudah mendapatkan persetujuan bersama adalah satu alat penting yg membantu dlm menyelesaikan konflik antara pasangan..

Pastikan bahasa tubuh, ekspresi wajah dan nada vokal adalah selaras dgn mesej yg ingin korg sampaikan..

Jangan menyampaikan sesuatu isu yg kritikal tue dgn cara berkias.. Ia menunjukkan bahawa korg sebenarnya tidak bersedia utk mengetengahkan perkara tersebut.. Sampaikan dgn jelas supaya pasangan korg memahami apa yg korg cuba sampaikan tanpa perasaan curiga..

Sekiranya korg tidak mampu utk mencari jalan penyelesaian yg muktamad utk sesuatu masalah, cuba akhiri perbualan tersebut sekurang²nya dgn sesuatu perkara yg positif..

Jangan sesekali bersikap biadap terhadap pasangan ketika hubungan korg dilanda masalah.. Sebaliknya dengar apa yg mereka cuba sampaikan walaupun perkara tersebut tidak masuk akal sekalipun dan sekiranya korg masih tidak bersetuju, tolak dgn cara yg hormat..

Pastikan korg mendengar apa yg pasangan korg cuba sampaikan dgn baik dan berikan maklumbalas yg sepatutnya..

Sekiranya perbincangan telah berubah menjadi suatu pertengkaran yg sengit, adalah lebih baik korg mencari jalan utk menangguhkannya.. Masing² memerlukan masa utk menstabilkan kembali emosi yg terganggu supaya dapat membuat pertimbangan yg lebih baik..

Fokuskan perbincangan terhadap masalah yg sedang berlaku dan bukannya cuba mengaitkan kesalahan yg lampau..

Melibatkan org tengah mungkin suatu perkara yg tidak baik dlm sesuatu hubungan.. Tetapi sekiranya korg berdua menemui jalan buntu, cara ini mungkin akan berhasil..

Friday, January 20, 2012

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia


Penyanyi Izwan Pilus menghembuskan nafas terakhirnya pukul 6.15 petang tadi di Hospital Ampang. Maklumat tersebut disahkan oleh adiknya Aril sebentar tadi menerusi Twitter. Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Penyanyi lagu Kembali Senyum itu lahir pada 24 November 1979. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.


Saturday, January 14, 2012

anda tahu ke siapa sebenarnya orang kuning DIGI?

Yellow Man

Anda kenal dengan lelaki kuning nih? Bagi pengguna Digi, ini muka familiar .. kan kan? Bagi yang lain2 sure dah kenal ... dialah Yellow Man ... tapi siapakah di sebalik karektor penuh lucu ini?

Karektor inilah yang bergandingan dengan Lisa Surihani dalam sebuah filem 'Papa, I Love You' terbitan Metrowealth (MIG). Mereka akan bercinta dalam filem ini dan bakal bersama dengan 'pasangan bercinta' ini adalah pelakon cilik yang cukup comel - Mia Sara.

Sesuai dengan nama timangannya .. Pooh ... adalah bekas staff Kru Production, dan memang seorang yang bagi saya sangat berbakat ... ala2 cam Harith Iskandar ataupun Afdlin Shauki

Ok, inilah si cute bernama Zalif Sidek .... hero filem 'Papa, I Love You' yang bakal menjadi pasangan Lisa Surihani....

Barisan pelakon Papa, I Love You terbitan MIG.
Selain berlakon dalam filem terbitan MIG itu, Zalif yang lahir pada 14 May 1985  juga turut berlakon dalam filem Bini-biniku Gangster dan muncul dalam beberapa lagi iklan terutama Digi sebagai Yellow Man dan juga dalam Astro First. Kalau tengok gambar2nya dalam MySpace ... memang nampaknya si Zalif ni tak lokek dengan senyuman, rasanya dah jadi cam trademark dia la.

sumber aidawahablovefun

[Video] Rumah Wardina dipecah masuk


SHAH ALAM - Pelakon dan pengacara terkenal Wardina Saffiyah dirompak oleh 3 orang yang memasuki rumahnya di Bukit Antarabangsa di Ampang awal pagi tadi
Menurut Laman Sosialnya, Twitter "Kami dirompak! Tiga perompak datang ke rumah kami baru tadi!" mesej melalui Twitter dihantar beliau awal pagi tadi.
Tambah Wardina lagi,dia dan keluarganya hanya mampu melihat ketika dirompak.sementara itu,Suaminya Ikhwan telah dipukul.Antara yang dirompak ialah 5 buah komputer riba katanya.
Mereka sekeluarga dilaporkan agak  trauma ketika ini.
Wardina juga memberitahu, dia terpaksa meminjam komputer riba jiran untuk memaklumkan insiden yang menimpa keluarganya.
Jelas Wardina, dia juga tiada telefon bimbitnya dan hanya boleh dihubungi menerusi e-mel dan Facebook.
"Sekarang banyak kejadian rompakan. Saya nasihatkan agar orang ramai berhati-hati," katanya.

Tip Untuk Melupakan Seseorang

 
1. Menerima Kenyataan
Menerima dengan Lapang dada dan Selalu ingat bahwa dia memang bukan yang terbaik untuk kita,dan yakin bahwa suatu saat kita akan menemukan yang terbaik.

2. Menyibukan Diri
Anda bisa menyibukan diri dengan pergi kesuatu tempat dimana anda merasakan bahwa kebahagiaan bukan hanya datang dari dirinya dengan cara mengajak teman2 terdekat anda untuk hangout bareng seperti nonton bioskop,belanja,jalan2 ke taman hiburan,atau sekedar nongkrong dicafe sambil cuci mata siapa tau ada gebetan baru yang bisa membuat anda terhibur dan dapat mempercepat melupakan si dia,Karena ada beberapa theory membuktikan untuk melupakan sidia carilah si dia-si dia lainnya…

3. Hindari Si Dia
Hindari kontak langsung dan apapun yang berhubungan dengan si dia seperti sms,tlp apa lagi bertemu karena itu akan membuat anda flash back dan akan terus mengingatnya kembali.

4. Hindari hal-hal romantis atau sejenisnya
Ketika ia sudah tidak bersamamu, kamu akan selalu merasa sensitive jika ada orang lain bersikap romantis kepada pasangannya.Hindari film atau lagu2 romantis yang dapat mengingatkan anda kepada si dia,anda bisa menggantinya dengan nonton film comedi,action atau horror serta anda juga bisa mendengarkan lagu2 yang ceria dan membuat anda semangat untuk melanjutkan hidup anda selanjutnya.


5. Selalu ingat bahwa Semua akan indah pada waktunya
Terkadang karena cinta kita jadi buta,bahkan ada beberapa orang yang rela menghancurkan dirinya hanya karena kehilangan orang yang mereka cinta,menghancurkan diri sendiri itu bukan solusi,karena kita yang akan sangat dirugikan,belum tentu si Dia juga hancur jadi sebisa mungkin buat dia menyesal karena sudah menyia2kan kita dengan menjadi lebih baik dari yang pernah dia bayangkan,yakinlah bahwa semua akan indah pada waktunya.

Jika proses diatas yang telah anda jalani Berhasil..anda sudah melupakannya,mendapatkan penggantinya selanjutnya maka jangan jadikan Orang Yang pernah ada dimasa lalu kita itu sebagai musuh,karena bagaimanapun semua itu adalah perjalan dan anda bisa melanjutkan hidup anda yang sekarang tanpa menoleh lagi kebelakang,jadikan saja kenangan masa lalu itu sebagai pelajaran yang berharga untuk hubungan anda selanjutnya…
Selamat Mencuba…Good Luck

Hacker Malaysia Terhebat Dalam Sejarah Ditahan Di US


Walaupun hacking adalah perbuatan jenayah, tetapi dalam suatu sudut aku sangat respek golongan hacker yang mampu menceroboh sistem bersekuriti tinggi seperti sistem banking dan militari serta jabatan pertahanan sesebuah negara. Bagi aku golongan macam ini tersangat genius dan menakjubkan, bagaimana otak mereka mampu berfikir dan skill komputer yang terlampau canggih sehinggakan mampu menceroboh sistem yang dikawal ketat 24/7.
Biasa hacker yang hebat nie kita tengok dalam movie atau tv series je. Lagipun biasanya hacker yang infamous adalah orang US, UK, Korea, Japan, China dll sahaja. Pengasas Facebook Mark Zuckerberg sendiri adalah hacker yang hebat kalau anda tengok cerita The Social Network.
Siapa sangka yang Malaysia ada hacker berkelas dunia tersendiri, dan aku boleh sifatkan sebagai hacker terhebat pernah muncul di kalangan rakyat Malaysia setakat ini. Malangnya hacker ini telah ditahan di US berikut jenayah melibatkan kecurian 400,000 nombor kredit dan debit kad serta lain-lain kesalahan berikut jenayah pencerobohan siber.

Wednesday, January 11, 2012

Petua Agar Lelaki Cepat Meminang Anda

Sentiasa Memelihara Penampilan - Lelaki biasanya akan tertarik kepada wanita yang sentiasa menjaga penampilannya. Tidak kiralah di rumah, di tempat kerja, bersama keluarga, dating atau di mana-mana sekali pun, wanita yang sentiasa menjaga kebersihan, pemakaian dan perwatakan dirinya akan mudah untuk didampingi oleh lelaki dan cepatlah dia akan meminang anda.

Lemah Lembut Orangnya - Hampir semua lelaki akan tertarik kepada wanita yang lemah dan lembut. Lemah lembut ini membawa pengertian bahawa seorang wanita yang sentiasa merendahkan suara ketika berkata-kata, tenang dalam tindakan, tunduk pandangannya semasa di mata masyarakat, dan bijak dalam mengawal emosi perasaan dalam apa juga keadaan.

Sentiasa Menjaga Maruah Diri - Wanita wajib memelihara maruah dirinya sendiri. Wanita yang sering menjadi kesukaan lelaki adalah wanita yang pandai menjaga dirinya sendiri. Dia tahu bila dan di mana dia perlu membawa dirinya. Dia juga arif bagaimana untuk mengawal hubungan dan komunikasi bersama lelaki-lelaki lain. Wanita yang sentiasa menitik-beratkan perkara ini sering kali akan menambat hati lelaki dengan lebih lagi.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri - Wanita perlu juga bijak menyesuaikan diri di mana juga dia berada. Di kampung, maka buatlah cara di kampung. Kalau di bandar pun begitu. Berhadapan dengan orang tua sudah tentu berbeza apabila bergaul dengan golongan muda. Sikap wanita yang mudah untuk bergaul dengan sesiapa pun golongan manusia, akan menjadi bonus buat diri anda sebagai seorang wanita.

Merendah Diri - Biarlah dipuji 10 kali, seorang wanita yang sentiasa merendahkan dirinya dalam hubungan percintaan amat disukai oleh lelaki. Lelaki amat benci wanita yang ego, yang mementingkan diri sendiri dan merendah-rendahkan pula pasangannya.

Fakta Dan Tip Menarik Mengenai Tidur..


Korang tahu tak bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirehatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh menbuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri. Jadi? Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa.

Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah korang mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu. Tapi jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirehat selama 5 jam saja. Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular. Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya ini akan membuat detak jantung korang tidak normal.

Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh. Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan mengganti sistem imune. Pada orang dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur.

Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
Bermimpi adalah normal tak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.
Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sedar.
Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.
Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur.
Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.
Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bahagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.

Bagaimana Mendapatkan Tidur Yang Sihat?

1. Persiapkan diri korang dengan memastikan korang dalam keadaan tenang dan santai sebelum tidur. Sebelum beranjak ke bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari muzik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu korang bersiap-siap untuk tidur.

2. Pastikan korang mentaati jadual rutin korang dengan tidur dan bangun di waktu yang sama setiap harinya. Tubuh korang akan terbiasa dengan jadual tersebut dan akan terbiasa mempersiapkan tidur yang lena. Pastikan bilik tidur korang dingin dan nyaman.

3. Jika korang menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di katil untuk bersiap tidur, sebaiknya lakukan sesuatu perkara yang dapat membuat korang rileks. Akan tetapi jangan lakukan diatas kasur. Berada di katil saat terjaga malah meningkatkan kekhuatiran korang tak boleh tidur.

4. Bersenam boleh membuat korang tidur lebih baik, tapi jika senaman itu dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang paling ideal untuk melakukan senaman adalah pada pagi hari. Bersenam pada siang hari akan membuat korang rasa mengantuk. Itu kerana senaman membuat tenaga dalam tubuh meningkat.

5. Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu kemampuan tidur korang

Tuesday, January 10, 2012

Lukisan 3D Jalanan














Monday, January 9, 2012

Aaron Aziz Cedera Di Lokasi KL Gangster 2


Pelakon super-duper terkenal, Aaron Aziz terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara babak stunt dalam filem KL Gangster 2.
Menurut portal Murai, Aaron memilih untuk melakonkan sendiri ‘lagak ngeri’ dalam salah satu babak dalam filem berkenaan.
Dek kerana tersalah ‘landing’, mamat tu terpaksa ‘landing’ di katil hospital!
Tetapi kepada ribuan peminat Aaron di luar sana jangan risau, ujian X-ray TIDAK menunjukkan kecederaan serius yang dialami pelakon kelahiran Singapura itu.
Dalam erti kata lain, tak sampailah patah tulang temulang pelakon hebat tersebut
Apapun lebam-lebam jugalah badan dia khabarnya.
Agak-agaknya ‘scene’ apalah yang dia lakonkan sampai jadi macam tu?
Ni yang tak sabar nak tunggu KL Gangster 2 ni.
Yang pasti, kerja tu kerja lah jugak kan, harapnya Aaron kena ambil berat soal keselamatan apatah lagi dia bukanlah ada pengalaman sangat dalam buat kerja-kerja stunt sebegini
Bukan apa, malang tak berbau bro

 sumber KL gangster2

Mahkamah bebaskan Anwar,bebas tuduhan liwat


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebentar tadi.
Mohamad Zabidin menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.
“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.

Pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden, ketika ditemui, berkata mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan dan berkata, mereka ada 10 hari untuk berbuat demikian.

Anwar, 64, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan kes liwat berkenaan yang mendapat tumpuan meluas media dan orang ramai, bermula pada 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.

Ia adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Pada 1998, beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar.

Bagi tuduhan berkenaan, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar.

Sumber: Berita Harian Online

Sunday, January 8, 2012

Tersasul Sebut Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri [video]

7 JANUARI 2012- Seorang Pembaca berita Buletin Utama TV3 sebentar tadi membuat kejutan apabila tersasul menyebut nama Perdana Menteri sebagai Anwar Ibrahim.

Pembaca berita tersebut hanya tersasul, akan tetapi dengan senario politik Malaysia kini yang semakin mendapat liputan meluas dan hangat, agak mengegarkan keadaan semasa.

Walaubagaimana pun, selang beberapa ketika beliau kemudian memohon maaf menerusi mikroblog twitter. Nama penanya di Twitter Jay Jamalina, manakala nama sebenarnya adalah Nur Jamalina Mohd Jamali. 




Saturday, January 7, 2012