Followers

Tuesday, July 24, 2012

7 Fakta Menarik Kekayaan Bill Gates


1. Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!
2. Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.
3. Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja untuk melakukannya.
4. Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.
5. Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yang ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia ke? Not sure.
6. Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.
7. Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.




Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut



Kajian saintifik terbaru perubatan Barat mendapati berpuasa dua kali seminggu, sebagai contoh, boleh mengelakkan otak individu daripada mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada mereka yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan kanser.
Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula. 

Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan.

Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan makanan antara 500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasa iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki). 

Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan diabetes selain kolestrol ‘tidak baik’ dan triglyceride dalam darah serta pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit.

Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS), Profesor Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak seperti Alzheimer dan Parkinson.

 Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu.

 Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan kemudian 2,000 kalori setiap   hari pada lima hari seterusnya.

 Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yang boleh meningkatkan risiko kanser. – Agensi

Tuesday, July 10, 2012

Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik : Thierry Henry

Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.

"Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama," kata penyerang New York Red Bulls.

Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. "Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya."

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.

"Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam."

Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. "Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir," kata Henry.

Monday, February 27, 2012

Sihir kini menular melalui Facebook

KOTA BHARU – Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki Ya berkata, pada zaman alam siber ini, jin boleh juga merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’.
“Sebelum ini, saya pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet.
“Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya semasa ditemui di Klinik Rawatan Islam dan Tradisional (Rawatid) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini.
Zaki berkata, bapa terbabit menceritakan dalam SMS itu anaknya akan mengamuk setiap kali ibu bapanya menghalang dia bermain internet, malahan anak berkenaan juga pernah mengancam akan membunuh diri jika dihalang.
Beliau berkata, pesakit itu belum ditemuinya dan perawat Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ akan membantu anak berkenaan supaya pulih semula.
Dalam pada itu, katanya, dianggarkan 60 peratus rakyat di negeri ini masih mempercayai bomoh melalui perubatan tradisional, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan ajaran agama.
Menurutnya, walaupun zaman berubah, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih mempercayai bomoh dan tukang sihir.
“Berdasarkan pengalaman kami sebagai perawat, dianggarkan 60 peratus rakyat di Kelantan mencari bomoh terutama ketika mereka mengalami gangguan atau mengesyaki ada penyakit. Amalan dan budaya menemui bomoh ini masih tinggi di kalangan orang Kelantan, malahan majoriti bomoh itu mengamalkan ilmu daripada Thailand dan segelintirnya adalah bomoh Melayu,” katanya .
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Kubang Kerian, Dr Wan Nudri Wan Daud berkata, pihaknya mengadakan Rawatid yang membolehkan 13 kakitangan USM bakal memperoleh sijil pada majlis konvokesyen bidang itu pada 23 Disember depan.
“Kami membantu pesakit di wad mendapatkan rawatan Islam berdasarkan permintaan keluarga setelah pesakit itu tidak dikenal pasti penyakitnya atau perlu segera diselamatkan daripada gangguan jin atau sihir,” katanya