Followers

Thursday, December 15, 2011

Ciri-ciri lelaki yang Sudah Beristeri



Ramai gadis sekarang banyak yang terperangkap dengan situasi bercinta dengan suami orang.Walaubukan itu yang dimahukan namun kerana lakonan dan tipu helah
si lelaki berjaya membawa si gadis jatuh cinta dan ter jerat dengan hbungan sebegini.
Bila status si lelaki dah diketahui, dan terlebih parah bila hati si gadis dah terlanjur mencintai si lelaki dan sukar untuk melepaskan dy pergi ..terpaksalah si gadis menerima 
untuk menjadi madu. Keebanyakan ia berlaku pada si gadis yang berusia remaja yang masih mencari-cari identiti nya tesendiri. Malah ada yang sanggup mengikut lelaki tersebut berkahwin di thailand bagi mengelakkan ibu bapa mengetahui serta bini pertama..(Kalau lah si lelaki tu ada penyakit AIds, macamana la si gadis tu nk terima ek)..huhu.. MasyaAllah Untuk mengelakkan begini berlaku, ada beberapa tips yang PATUT si gadis ketahui bagi mengenalpasti si lelaki..

Tanda-tandanya:

1. Elak topik tertentu
Eg : Si lelaki akan menjaga suara nya dan berlemah lembut.. Dia tidak akan memandang terus ke mata si gadis ataw mmbuat eye contact.. MAlah lelaki beristeri akan cuba untuk mengelakkan sebahagian topik-topik seperti berkeluarga,anak ataw percutian dibangkitkan.Kalau anda terlanjur berbicara sedaya upaya si lelaki akan mengubah topik perbincangan.

2.Semua panggilan telefon mengikut kehendak nya
Eg : Si lelaki menetapkan masa untuk si gadis menelefon nya.. seperti hanya menelofon nya pada pukul 12 tengah malam waktu semua ahli keluarga nya dah tidur atw pun sebelum dy pulang kerja...andai kata si gadis menelefon pada masa yang slah, si lelaki akan bercakap dalam nada yang marah ataw gelisah.. Selain itu, ada juga si lelaki yang hanya menetapkan supaya hanya dia sahaja yang menghubungi anda..Jika anda bertanya mengapa tidak dapat menghubungi nya , berbagai alasan yang diberikan..

3.Tidak sepenuhnya kepada anda
Eg :Kat tempat awam, si lelaki tidak akan berasa selesa untuk bersama anda.. perhatian nya terganggu ... bila ditanya mengapa . dy akan menjawab risau dengan kerja ataw alasan lain yang diberikan... Dia sentiasa akan memerhatikan persekitaran sekeliling, malah fikiran nya terganggu..Jika anda merasakan ini terjadi pada anda , berhati hati lah..Lelaki beristeri jugak tidak akan bercerita tentang masa hadapan kalian mahupun perkahwinan dengan anda...

4.Lihat jarinya
Eg: Kebanyakan lelaki yang berkahwin sentiasa memakai cincin padal awal perkahwinan nya.. si lelaki tidak akan memakai nya di depan anda tapi perhatikanlah jarinya.. cuba anda lihat pada jari keempat tangan kirinya,jika terdapat lingkaran putih pada jari nya.. bermakna mungkin itu petandanya si lelaki itu sudah berpunya.. buat-buat lah tanya ... jika dia menjawab dengan ragu2 bermakna terkantoi lah bahawa dia sudah berkahwin..

5. Berahsia
Eg : Si dia cukup suka berahsia dengan anda.. selalu nye lelaki yang sejati akan menceritakan segalanya pada orang yang disayangi tetapi lain pula bagi lelaki yang beristeri mereka suka berdiam diri dan kadang-kadang sukar menjwab pertanyaan..

6.Beri alasan
Eg : Selalunya si lelaki akan mengelakkan ke tempat isterinya akan pergi... Oleh sebab itu dy akan memberikan beribu-ribu alasan malah mungkin yang tidak logik apabila terdesak untuk tidak pergi ke kedai itu..

7.Tidak akan keluar pada hari minggu
Eg :Hari minggu adalah hari yang sering susah untuk berdating..Kebiasaannya pada waktu siang, si dia akan meluangkan masa nya bersama keluarga nya .. dan pada waktu malam si dia akan menghabiskan masa nya bersama sama rakan rakan lelaki nya .. So , waktu bersama anda mungkin jarang-jarang sekali..

8.Bersikap tenang
Eg :Mungkin sesetengah lelaki beristeri akan bersikap tenang dan cool jer .. namun begitu, sejauh mana tenang dan cool nyer dya akan juga merasakan bingung dan resah ....Percayalah... Ada jugak yang mengongkong isteri mya berada di rumah dan tidak membenarkan isteri keluar supaya senang baginya untuk berhibur..

9.Anda curiga
Eg :Anda berasa curiga dengan tindak tanduk si lelaki.. anda seperti mahu bertanya tetapi susah untu mencari bukti..Yakinlah.. firasat hati anda itu mungkin menjadi kenyataan...


sekiranya Petanda-petanda ini kena pada batang hidung anda,segeralah berteus terang dengan nya...Jangan kerana anda rosak rumahtangga orang dan berpecah belah keluarga..Biarpon dia berjanji akan menikahi awak, kemungkinan besar dia tidak akan menceraikan isterinya..

Wednesday, December 14, 2011

kelebihan sekiranya anda single

Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single. Artikel kali ini kami akan menyatakan mengenai kelebihan sekiranya anda single dan kekurangannya pula kami akan sampaikan dalam artikel yang akan datang. Ia terpulang pada diri anda untuk memilih antara salah satu yang dirasakan sesuai. Antara kelebihan utama sekiranya anda single adalah..


Kewangan- Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.

Kawan- Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.

Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu- Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.

Tidak banyak masalah- Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.

Kurang tanggungjawab- Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.
Sekiranya anda merasakan banyak lagi impian yang anda ingin kejar dan capai, memilih kehidupan single adalah lebih baik. Ia akan memberi kelebihan untuk fokus mencapai impian yang diinginkan. Ianya bergantung terhadap kesesuaian diri anda.

10 Perkara Yahudi Tak Nak Kita Tahu


Sebarkan!!!
Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom kite nak dedahkan 10 daripadanya!
  1. Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
  2. Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
  3. Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
  4. McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
  5. Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
  6. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
  7. Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
  8. Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
  9. Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
  10. Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!!

Tuesday, November 8, 2011

Ucapan Maaf Dari Lelaki, Boleh Buat Jantung Perempuan Sihat

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan dua kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi anda perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah anda bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan anda. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf :))