Followers

Monday, August 29, 2011

Fakta menarik mengenai manusia

  • Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.
  • Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam. Ini adalah disebabkan lapisan  tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang.
  • Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.
  • Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.
  • Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia 2-6 tahun.
  • Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.
  • Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.
  • Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.
  • Berat badan manusia adalah 40 kali ganda daripada berat otak.
  • Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas.
  • Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295  kali ketika makan malam.
  • Air kencing anda akan berwarna kuning cerah sekiranya banyak memakan ulam-ulaman.
  • Tenaga yang dilepaskan sekiranya 1 billion orang melompat pada masa yang sama adalah dianggarkan separuh daripada       tenaga nuclear.
  • Purata bayi akan lahir didunia adalah selang 7 saat.
  • Seseorang dianggarkan bernafas 10 juta kali setahun.
  • Pada ketika ini, jumlah orang yang hidup adalah lebih banyak daripada orang yang telah mati.
  • Tubuh manusia lebih sesuai untuk tidur selama 4 jam 2 kali sehari berbanding daripada tidur lapan jam sekali sehari.
  • Dianggarkan janggut seorang lelaki mengandungi antara 7,000 hingga ke 15,000 helai rambut.
  • Janggut lelaki akan tumbuh sekitar 140 mm setiap tahun.
  • Rambut adalah 70 peratus lebih mudah untuk dipotong ketika direndam dalam air suam selama dua minit.
  • Tulang paling keras pada tubuh manusia adalah tulang rahang.
  • Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki.
  • Kaki adalah bahagian tubuh yang paling sering digigit oleh serangga.
  • Kuku yang paling cepat untuk tumbuh adalah kuku jari hantu.
  • Otot paling kuat pada tubuh manusia adalah lidah.
  • Manusia pertama kali dijangkiti virus HIV pada tahun 1930-an.

No comments:

Post a Comment