Followers

Wednesday, October 12, 2011

Seorang Ibu Membunuh Bayinya Kerana Farmville


Obses betul ibu tersebut dengan game dari laman sosial yang tentunya dari facebook. Sanggup membunuh bayi lelakinya yang hanya menangis mungkin disebabkan lapar.

Kes ini berlaku di Jacksonville, florida pada 27Okt dimana seorang ibu berusia 22tahun Alexandra V. Tobias telah membunuh bayinya Dylan Lee Edmondson yang baru berusia 3bulan. Bayi tersebut dikatakan menangis ketika siibu tersebut sedang bermain Farmville.


Dia memberitahu kepada polis yang dia telah menggoncang bayi tersebut sebelum menghisap sebatang rokok untuk menenangkan dirinya. Setelah itu menggoncang bayi terbabit sekali lagi. Kematian bayi terbabit berpunca dari hantukkan di kepala bayi itu ketika digoncang oleh ibunya.


Alexandra V. Tobias telah mengaku bersalah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai second-degree murder, dimana pesalah boleh dihukum penjara seumur hidup.


Bagi peminat-peminat facebook, janganlah terlalu obses dan ketagih dengan game yang ditawarkan. Tanggungjawab sebagai seorang manusia perlu dipenuhi, Anda tercongok depan komputer main game, Mark Zuckerberg jugak yang kaya. cuba cari inisiatif lain untuk mengkayakan diri anda.


Facebook untuk hidup anda, bukan hidup anda untuk Facebook..

No comments:

Post a Comment