- Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.
- Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam. Ini adalah disebabkan lapisan tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang.
- Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.
- Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.
- Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia 2-6 tahun.
- Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.
- Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.
- Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.
- Berat badan manusia adalah 40 kali ganda daripada berat otak.
- Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas.
- Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295 kali ketika makan malam.
- Air kencing anda akan berwarna kuning cerah sekiranya banyak memakan ulam-ulaman.
- Tenaga yang dilepaskan sekiranya 1 billion orang melompat pada masa yang sama adalah dianggarkan separuh daripada tenaga nuclear.
- Purata bayi akan lahir didunia adalah selang 7 saat.
- Seseorang dianggarkan bernafas 10 juta kali setahun.
- Pada ketika ini, jumlah orang yang hidup adalah lebih banyak daripada orang yang telah mati.
- Tubuh manusia lebih sesuai untuk tidur selama 4 jam 2 kali sehari berbanding daripada tidur lapan jam sekali sehari.
- Dianggarkan janggut seorang lelaki mengandungi antara 7,000 hingga ke 15,000 helai rambut.
- Janggut lelaki akan tumbuh sekitar 140 mm setiap tahun.
- Rambut adalah 70 peratus lebih mudah untuk dipotong ketika direndam dalam air suam selama dua minit.
- Tulang paling keras pada tubuh manusia adalah tulang rahang.
- Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki.
- Kaki adalah bahagian tubuh yang paling sering digigit oleh serangga.
- Kuku yang paling cepat untuk tumbuh adalah kuku jari hantu.
- Otot paling kuat pada tubuh manusia adalah lidah.
- Manusia pertama kali dijangkiti virus HIV pada tahun 1930-an.
Monday, August 29, 2011
Fakta menarik mengenai manusia
Friday, August 26, 2011
Kesan dan bahaya Love Bite[Gigitan cinta]
Lovebite merupakan benda yang tak asing lagi hubungan rumah tangga untuk pasangan yang dah berkahwin. Yang tak kahwin lagi pun mungkin ramai yang dah tahu. Ramai dari kita yang tahu bila & bagaimana lovebite ni dihasilkan tapi mereka tak tahu yang sebenarnya lovebite ni BAHAYA!
Untuk yang tak tahu lagi, apa sebenarnya lovebite ni?
LOVEBITE (gigitan cinta) adalah lebam sementara atau tanda tanda bewarna biru keungguan akibat perbuatan mencium, menghisap atau menggigit kulit dengan kuat sehingga kulit tertarik dan menyebabkan pecah darah di bawah kulit tersebut. Hickeys (lovebite yang terhasil) boleh kekal selama 4-12hari ditubuh seseorang dan kelihatan sama seperti lebam biasa. Tapi kalau dah lebam tu kat tengkuk tu faham faham je lah.
Secara umumnya, hickeys/lovebite boleh dihilangkan dengan meletakkan ais. Tapi sebenarnya, cara ni berkesan hanya untuk lovebite yang terhasil kurang dari 10minit. Untuk yang lebih dari 10 minit tu, gunalah trick berpakaian. Sama ada pakai shawl atau naikkan kolar baju tshirt.
Kenapa lovebite berbahaya?
Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.
Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!
Thursday, August 11, 2011
Rahsia Keserasian Pasangan Menurut Urutan Kelahiran
Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dan tarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dan keserasian pasangan. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat mereka mengatakan si dia bukan jodoh kita.
Benarkah demikian?
Sekadar ingin tahu, tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurut para orang tua zaman dulu?
Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia saat ini.
Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bungsu, si sulung dengan si bungsu, si tengah dengan si bungsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:
Si Sulung dengan si Sulung
Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan. Si Sulung dengan si Tengah
Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang Si Tengah dengan si Tengah
Memiliki potensi untuk serasi di antara satu sama lain. Meskipun keduanya si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang lainnya agak kebungsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi. Si Tengah dengan si Bungsu
Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan si bungsu.Si Sulung dengan si Bungsu
Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimana mengurus hidup dengan lebih baik dan serius. Si bungsu akan dapat mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.Si Bungsu dengan si Bungsu
Berhati-hatilah kerana anda berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.Anak Tunggal dengan anak Tunggal
Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan banyak waktu untuk hidup rukun dan saling mendukung. Semua kenyataan diatas hanyalah bertujuan untuk pembacaan dan bukan untuk kita terlalu mempercayai dan ambil bulat-bulat mengenainya.
Semoga anda semua bahagia dengan pasangan masing-masing.
Wednesday, August 10, 2011
JANGAN hidupkan penghawa dingin sebaik menaiki kereta!
Ketika anda memasuki kereta anda janganlah sesekali menghidupkan terus aircond. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan komponen-komponen di dalam kereta seperti dashboard, sofa, pewangi udara akan menghasilkan Benzene, iaitu sejenis toksin yang boleh menyebabkan kanser.
Toksin itu adalah carcinogen. Ia dapat diketahui dengan bau yang keluar daripada haba bahan-bahan plastik di dalam kereta. Selain daripada kanser, ia boleh menjadi racun untuk merosakkan tulang. Kesannya adalah anemia serta mengurangkan sel darah putih. Boleh menyebabkan Leukemia dan menjadi punca keguguran bayi dalam kandungan jika ianya berlarutan.
Benzene yang terdedah telah ditetapkan kadar yang diluluskan iaitu 50 mg untuk setiap kaki persegi. Kereta jika diletakkan di kawasan yang berbumbung dengan tingkap tertutup dapat menghasilkan 400 ke 800 mg Benzene. Oleh itu, jika kereta diletakkan di kawasan yang terdedah serta tingkap yang tertutup, tahap Benzene boleh mencapai 2000 ke 4000 mg sekaligus penumpang-penumpang di dalam kereta akan menyedut toksik yang sangat banyak tanpa mereka sedari.
Untuk mengelakkan daripada terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini, anda dinasihati untuk membuka tingkap ataupun pintu terlebih dahulu supaya dapat memberikan udara dari dalam keluar. Benzene merupakan sejenis toksik yang boleh merosakkan buah pinggang serta hati dan amat sukar pula bagi sistem tubuh manusia untuk mengeluarkan toksik tersebut dari badan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






