Followers

Saturday, December 17, 2011

Rahsia Tahi Lalat



Kita percaya bahawa setiap perkara/benda yang ALLAH jadikan ada maksud/peranannya yang tersendiri. Sesungguhnya ALLAH tidak jadikan sesuatu benda/perkara itu dengan sia-sia.

Kali ini saya akan kongsikan dengan anda berkenaan dengan rahsia yang ada pada tahi lalat.
Cubalah perhatikan tahi lalat anda ada di bahagian mana?
Dan cuba check adakah ramalan/tekaan yang diberikan di bawah ini tepat atau pun tidak.

  1. Di kepala sebelah kanan – terkabul cita-cita
  2. Di kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan
  3. Ubun-ubun – kurang jujur
  4. Pusar – cerdas,tangkas dan tekun
  5. Di Kening kanan – cergas dan cekap
  6. Di kening kiri – cergas dan sopan santun
  7. Sudut mata kanan luar – baik budi, ramai yang cinta
  8. Sudut mata kanan dalam – disayangi suami atau isteri
  9. Biji mata kanan – suka serong dan pembohong
  10. Biji mata kiri – pembohong tapi baik hati
  11. Di alis kanan – baik hati, suka menolong
  12. Di alis kiri – ramai yang suka
  13. Di pipi kanan – ramai teman
  14. Di tengah-tengah pipi kanan – ramai yang suka
  15. Di tengah-tengah pipi kiri – ramai kawan
  16. Pada hidung – banyak rezeki
  17. Pada batang hidung – banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  18. Bibir atas kanan – banyak rezeki dan pandai
  19. Bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati
  20. Bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yang suka
  21. Bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah
  22. Hujung mulut kanan – kecil rezeki, tak mudah kalah
  23. Hujung mulut kiri – suka berpoya-poya
  24. Dagu bawah kanan – jujur dan baik hati
  25. Dagu bawah kiri – bijaksana, berbudi luhur
  26. Leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita
  27. Leher kiri – cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
  28. Leher ditengah – tercapai apa yang dicita
  29. Di bahu kanan – cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
  30. Di bahu kiri – suka kerja keras, banyak tangungjawab
  31. Di dada kanan – dapat mengatasi masalah
  32. Di dada kiri – berani, jujur dan sabar
  33. Tetek kanan – baik hati, pendiam dan simpan rahsia
  34. Tetek kiri – ramai kawan, setia pada suami atau isteri
  35. Di punggung kanan – pendiam, simpan rahsia
  36. Di punggung kiri – lambat, kurang agresif
  37. Di perut bawah kanan – banyak rezeki, suka memberi maaf
  38. Di perut bawah kiri – baik hati, tenang hidupnya
  39. Pinggang kanan – sayang pada isteri atau suami
  40. Pinggang kiri – disayangi oleh isteri atau suami
  41. Di jari telapak tangan kanan – banyak rezeki tapi boros
  42. Di jari telapak tangan kiri – banyak rezeki, menyimpan
  43. Lengan kanan – setia dan taat pada atasan
  44. Lengan kiri – menepati janji dan suka kerja
  45. Siku tangan kanan – kuat hendak memiliki kekayaan
  46. Siku tangan kiri – baik hati, suka menolong
  47. Ketiak kanan – menyimpan rahsia
  48. Ketiak kiri – jujur, banyak yang cinta
  49. Pergelangan tangan kanan – boros, suka bersukaria
  50. Pergelangan tangan kiri – dapat berpangkat
  51. Pangkal peha kanan – kemahuan kuat
  52. Pangkal peha kiri – suka kerja apa saja
  53. Kemaluan kanan atau kiri – baik, suka senggama (bersetubuh)
  54. Di kepala kemaluan – bakal beristeri dua
  55. Betis kanan – suka berpoya, boros
  56. Betis kiri – tidak suka menganggur
  57. Tumit kanan – jujur, banyak kawan
  58. Tumit kiri – baik budi
  59. Di telapak kaki kanan – tidak mudah mengeluh
  60. Di telapak kaki kiri – baik budi pekertinya
  61. Lutut kanan – bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
  62. Lutut kiri – kurang berusaha

No comments:

Post a Comment