Followers

Sunday, February 12, 2012

Kerana Facebook Seorang Ayah Menembak Laptop

New York – Gara-gara marah dengan tindakan anak gadisnya yang menggunakan laman web sosial untuk meluahkan perasaan kerana terpaksa membantu ibu bapanya di rumah, seorang bapa, Jordan telah merakamkan aksi dia menembak laptop anaknya ke dalam youtube  sebagai pengajaran kerana tidak menghormati ibu bapa.
Dalam video bertajuk “Untuk remaja yang bermasalah : Tips Keibubapaan Facebook”, Jordan telah melepaskan sembilan das tembakan ke arah laptop anaknya.
Menurut Jordan, video berkenaan ditujukan kepada anaknya yang sering mengadu mengenai kerja rumah di dalam facebook.
Jelasnya, anaknya yang berusia 15 tahun itu turut mendakwa dia dilayan seperti hamba dan terpaksa melakukan kerja-kerja seperti membuang sampah, membasuh baju dan mengemas katil.
“Anak saya berkata, dia sepatutnya diberikan upah atas setiap kerja yang dilakukan dan tulisannya itu mendapat sokongan daripada rakan-rakannya yang turut mengkritik tindakan saya dan isteri kerana membiarkan anak kami mereka melakukan kerja berkenaan,” katanya.
Jordan berkata, anak gadisnya itu sebelum ini berjaya menyembunyikan status berkenaan dalam facebook bagi mengelakkan dia membacanya, namun kata Jordan, sebagai individu yang selama ini mencari makan dalam bidang teknologi maklumat (IT), bukan sesuatu yang sukar baginya untuk membuka status `hide’ itu.
“Selain anak saya, video ini juga untuk rakan-rakannya yang menyokong tulisannya dan menganggapkan komen berkenaan sebagai `cutel’ .
“Video ini juga ditujukan kepada golongan ibu bapa yang berpandangan anak-anak mereka tidak akan menulis perkara buruk mengenai mereka dalam Facebook,” kata Jordan.
Jordan berharap melalui video itu, anak-anak dapat mempelajari sesuatu daripada perkara berkenaan dan paling penting menghormati ibu bapa.

No comments:

Post a Comment