Followers

Thursday, July 7, 2011

Bahaya BilaTahan Bersin


Sesetengah orang yang cuba menahan bersin dengan cara menekan hidung mereka dengan tujuan bunyi bersin tu tidak didengari atau untuk menghilangkan rasa nak bersin.

Kelajuan bersin yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam, sehingga jika seseorang menahan untuk bersin maka tubuh harus menahan kelajuan tersebut secara tiba-tiba dan ini akan mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman yang sepatutnya keluar dari badan tidak dapat dikeluarkan.

“Bersin merupakan kegiatan yang positif karena memiliki fungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut dan tengkorak) dan ini adalah sesuatu yang baik, sedangkan menahan bersih adalah berbahaya kerana boleh menimbulkan beberapa risiko,” ujar Dr Michael Roizen, ketua Wellness Officer Clevelend Clinics.

Antara risiko yang berbahaya jika seseorang menahan bersin iaitu:

Menyebabkan patah tulang di tulang rawan hidung.
Mimisan (keluar darah dari hidung)
Pecah gegendang telinga
Gangguan pendengaran
Vertigo (merasa sakit kepala)
Mengalami emfisema (keadaan pundi udara dalam paru-paru yang membesar sehingga menyebabkan pesakitnya kurang bernafas).
Ini terjadi sebab tubuh kita berusaha menahan kelajuan bersin yang tinggi. Cedera yang timbul ini selalu akan mempengaruhi struktur bahagian dalam kepala kita.

Emfisema adalah keadaan yang boleh menyerang kanak-kanak ataupun orang dewasa, keadaan ini sangat berbahaya dan berpotensi menyebabkan kematian kerana dapat menghalang pergerakan udara. Tanda-tanda yang timbul biasanya adalah wajah atau leher akan membengkak dan menimbulkan rasa tidak selesa.

Semasa seseorang bersin biasanya akan diikuti dengan pengeluaran bakteria atau kuman dari dalam tubuh. Hal ini sangat penting dan bagus untuk menjaga hidung agar tetap bersih,sebab tu lah bersin selalu terjadi secara berulang-ulang.

Jadi jangan sesekali menahan bersin untuk menggelakkan risiko tersebut dari terjadi. Tapi jangan pulak lupa untuk menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan agar bakteria dan kuman yang keluar tidak membahayakan orang lain.

No comments:

Post a Comment