Beberapa orang memiliki kemampuan untuk menipu orang lain dengan mudah. Namun, ketika seseorang berbohong, biasanya dapat dilihat melaui sifat fizikalnya. antaranya adalah dengan mengamati mata orang yang cuba berbohong dengan Anda. Mengapa demikian?
Ketika menjawab pertanyaan dan anak mata orang tersebut bergerak ke arah kiri kemungkinan jawapanya adalah jujur. Sedangkan bila bergerak ke arah kanan kemungkinan orang itu sedang mengatakan sesuatu yang bohong atau sedang berbohong. Hal ini kerana bahagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, sedangkan otak kanan berfungsi untuk kreativiti.Bila anak mata ke kiri, bererti dia berusaha untuk mengingati , sebaliknya jika anak mata ke arah kanan bererti dia sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu sebagai jawapan yang lain. Hal ini karana bahagian kreativiti sedang bekerja untuk mengarang sesuatu cerita bohong.
Ciri fizikal lainnya ketika seseorang sedang berbohong ialah:
- Badan berpeluh.
- Nafas mulai laju.
- Nada suara berbeza seperti meninggi
- Badan dan wajah kelihatan kaku terutamanya bahagian dahi dan bibir.
- Tangan banyak bergerak misalnya memegang sesuatu, saling menggosok-gosokkan tangan,menggosok hidung, atau menutup mulut.
- Si pembohong tanpa disadari akan meletakkan benda-benda seperti , kertas, pen, atau benda lain sebagai sekatan.
- Mengubah topik perbualan, jika ekspresinya kelihatan lega, bererti dia sedang berbohong. Sebaliknya jika kembali ke topik perbualan asal, bererti dia mengatakan sesuatu yang jujur.
noce info~~
ReplyDeleteTQ
ReplyDelete