Bunga matahari atau Helianthus annuus yang berwarna kuning cerah tentu menambah keindahan taman atau kebun anda. Adakah bunga ini benar-benar menghadap ke arah matahari seperti namanya?
Baik daun atau bunga dari bunga matahari bersifat heliotropis, iaitu, selalu mengikuti cahaya matahari. Tanaman bunga matahari menyimpan auxin. Auxin merupakan suatu hormon tanaman yang mengendalikan pertumbuhan. Biasanya jumlah auxin lebih banyak di sisi yang jauh dari sinar matahari. Itulah penyebab batang bunga matahari selalu tumbuh ke arah cahaya matahari. Tetapi, bunga yang sudah mekar tidak lagi bersifat heliotropis. walaupun demikian bunga matahari selalu menghadap ke arah timur.
Pada masa sekarang nilai bunga matahari mempunyai pasaran yang tiggi. Biji bunga matahari boleh digunakan untuk menghasilkan minyak yang sangat bagus mutunya. Minyak tersebut boleh digunakan dalam masakan, sos salad, dan majerin. Biji bunga matahari memiliki nilai gizi yang tinggi.dan ..satu lagi dia boleh dibuat kuaci =p
No comments:
Post a Comment