Followers

Tuesday, July 5, 2011

Fakta Menarik Tentang Tidur


  • Ketika kita sedang tidur nyenyak,nafas,degupan jantung dan tekanan darah berada dalam paras yang paling rendah
  • ketika sedang bermimpi,otak biasanya berkerja mencari pengalaman serupa yang terjadi semasa dalam keadaan sedar
  • banyak penderita insomnia(penyakit susah tidur) adalah pengaruh dari rasas bimbang dan kemurungan>dan rata rata penderita insomnia paling tinggi adalah golongan wanita dan orang tua
  • kebanyakan kita akan terjaga sekitar 6 kali ketika sedang tidur
  • Suhu tubuh akan menurun secara mendadak menjelang pagi.Biasanya titik paling rendah adalah sekitar pukul 4 pagi,kemudian akan menaik setelah menjelang matahari terbit
  • Walaupun kita sedang tidur nyenyak,ada beberapa bahagian tubuh kita boleh menerima isyarat atau suara disekeliling,sebab itulah ibu selalu bangun ketika bayinya sedang menangis 
  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya   boleh bertahan selama 10 hari
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
  • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain
  • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.

No comments:

Post a Comment