Followers

Monday, January 30, 2012

8 Sebab Mengapa Perempuan Perlu Bertudung


1.Tuntutan agama
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2.Mengurangkan dosa
Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat.  Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

3.Lebih pintar dan tenang
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4.Tidak membazir
Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5.Lebih sopan dan manis
Lebih 98%  lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6.Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7.Menjadikan diri anda “Mahal”
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8.Lebih dihormati
Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi
Sebenarnya banyak lagi, tapi MK rajin senaraikan 8 je. Disini MK nak ingatkan lagi, pandanglah 8 perkara ini dari  segi pemakaian  dan niat yang betul barulah selari dengan 8 perkara ni

4 comments:

  1. Personally sy sentiasa berurusan dgn pelbagai jenis manusia (bertudung @ tidak). Kalau nak dikongsikan memang tak cukup di ruangan ini sahaja. Memang tidak dinafikan menutup aurat itu wajib, tetapi tak cukup sekadar hanya menutup aurat dengan bertudung sahaja. Sebagai lelaki saya akui suka melihat wanita bertudung,... nampak ayu,.. luaran sahaja.

    Ramai2 kenalan yang saya pernah berurusan, banyak kesimpulan dpt dibuat...
    1. Kebanyakan yang mengenakan tudung sekarang bukan sebab tuntutan agama sebaliknya tuntutan persekitaran, lebih2 lagi yang bekerja d sektor kerajaan
    2. Ramai yg hipokrit, di luar bertudung tapi dlm facebook apa semua gambar x btudung.
    3. Kata2 yg dikeluarkan dr mulut x sealiran dengan imej yg dipamerkan
    dan macam2 lagi yang saya rasa agak memalukan utk diceritakan.

    Ada baiknya kalau imej yang dipamerkan dengan bertudung disebabkan tuntutan agama dan kesedaran yang hadir dlm diri sendiri dan diiringi dengan hati yang baik. Ini hanyalah pendapat individu yang sy kongsikan berdasarkan pengalaman saya sendiri.

    ReplyDelete
  2. kebanyakan sekarang pakai tudung untuk fesyen jer

    ReplyDelete