Saturday, January 28, 2012
Tips Berkomunikasi Dgn Pasangan
Sedar bahawa disetiap perselisihan faham yg berlaku, tiada mana² pihak yg menang atau kalah.. Kemenangan adalah terletak kpd cara penyelesaian terhadap masalah dan bukannya hujah yg disampaikan utk mempertahankan diri masing²..
Berkompromi atau bahasa yg lebih mudah mendapatkan persetujuan bersama adalah satu alat penting yg membantu dlm menyelesaikan konflik antara pasangan..
Pastikan bahasa tubuh, ekspresi wajah dan nada vokal adalah selaras dgn mesej yg ingin korg sampaikan..
Jangan menyampaikan sesuatu isu yg kritikal tue dgn cara berkias.. Ia menunjukkan bahawa korg sebenarnya tidak bersedia utk mengetengahkan perkara tersebut.. Sampaikan dgn jelas supaya pasangan korg memahami apa yg korg cuba sampaikan tanpa perasaan curiga..
Sekiranya korg tidak mampu utk mencari jalan penyelesaian yg muktamad utk sesuatu masalah, cuba akhiri perbualan tersebut sekurang²nya dgn sesuatu perkara yg positif..
Jangan sesekali bersikap biadap terhadap pasangan ketika hubungan korg dilanda masalah.. Sebaliknya dengar apa yg mereka cuba sampaikan walaupun perkara tersebut tidak masuk akal sekalipun dan sekiranya korg masih tidak bersetuju, tolak dgn cara yg hormat..
Pastikan korg mendengar apa yg pasangan korg cuba sampaikan dgn baik dan berikan maklumbalas yg sepatutnya..
Sekiranya perbincangan telah berubah menjadi suatu pertengkaran yg sengit, adalah lebih baik korg mencari jalan utk menangguhkannya.. Masing² memerlukan masa utk menstabilkan kembali emosi yg terganggu supaya dapat membuat pertimbangan yg lebih baik..
Fokuskan perbincangan terhadap masalah yg sedang berlaku dan bukannya cuba mengaitkan kesalahan yg lampau..
Melibatkan org tengah mungkin suatu perkara yg tidak baik dlm sesuatu hubungan.. Tetapi sekiranya korg berdua menemui jalan buntu, cara ini mungkin akan berhasil..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment