Followers

Tuesday, January 3, 2012

Gambar Kad Pengenalan Baru Mulai Hari ini 3 Januari 2012


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai 3 Januari 2012 bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam Selangor sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari ini.

Katanya orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib. MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan. MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku.


No comments:

Post a Comment