Followers

Saturday, January 14, 2012

[Video] Rumah Wardina dipecah masuk


SHAH ALAM - Pelakon dan pengacara terkenal Wardina Saffiyah dirompak oleh 3 orang yang memasuki rumahnya di Bukit Antarabangsa di Ampang awal pagi tadi
Menurut Laman Sosialnya, Twitter "Kami dirompak! Tiga perompak datang ke rumah kami baru tadi!" mesej melalui Twitter dihantar beliau awal pagi tadi.
Tambah Wardina lagi,dia dan keluarganya hanya mampu melihat ketika dirompak.sementara itu,Suaminya Ikhwan telah dipukul.Antara yang dirompak ialah 5 buah komputer riba katanya.
Mereka sekeluarga dilaporkan agak  trauma ketika ini.
Wardina juga memberitahu, dia terpaksa meminjam komputer riba jiran untuk memaklumkan insiden yang menimpa keluarganya.
Jelas Wardina, dia juga tiada telefon bimbitnya dan hanya boleh dihubungi menerusi e-mel dan Facebook.
"Sekarang banyak kejadian rompakan. Saya nasihatkan agar orang ramai berhati-hati," katanya.

No comments:

Post a Comment