Followers

Saturday, January 14, 2012

Hacker Malaysia Terhebat Dalam Sejarah Ditahan Di US


Walaupun hacking adalah perbuatan jenayah, tetapi dalam suatu sudut aku sangat respek golongan hacker yang mampu menceroboh sistem bersekuriti tinggi seperti sistem banking dan militari serta jabatan pertahanan sesebuah negara. Bagi aku golongan macam ini tersangat genius dan menakjubkan, bagaimana otak mereka mampu berfikir dan skill komputer yang terlampau canggih sehinggakan mampu menceroboh sistem yang dikawal ketat 24/7.
Biasa hacker yang hebat nie kita tengok dalam movie atau tv series je. Lagipun biasanya hacker yang infamous adalah orang US, UK, Korea, Japan, China dll sahaja. Pengasas Facebook Mark Zuckerberg sendiri adalah hacker yang hebat kalau anda tengok cerita The Social Network.
Siapa sangka yang Malaysia ada hacker berkelas dunia tersendiri, dan aku boleh sifatkan sebagai hacker terhebat pernah muncul di kalangan rakyat Malaysia setakat ini. Malangnya hacker ini telah ditahan di US berikut jenayah melibatkan kecurian 400,000 nombor kredit dan debit kad serta lain-lain kesalahan berikut jenayah pencerobohan siber.

No comments:

Post a Comment