Followers

Thursday, June 16, 2011

Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  : mata, batu dan air.

Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.



Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.











7 comments:

  1. canggihhhh beb....zaman dulu ade dah monumen berkaitan dgn melayu....yup..bnyak lgi psl MELAyu yg belum terungkai....okeh ayat waa skema =_="...

    ReplyDelete
  2. macam mane la dia buat ade tabung gas nyelam dah ke zaman dulu

    ReplyDelete
  3. gile mung.. bende tu tenggelam. try cari pasal setiap monumen tu akan ada sebilah keris. tanda semua tu asal dari kerajaan melayu(langkasuka, sulu, etc) dulu

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kedudukan paras air laut berubah mengikut keadaan dan masa. Paras air laut di zaman sebelum Masihi lebih rendah dari paras air laut di zaman sekarang sebab itu di kaki gunung jerai boleh wujud cengkerang2, kulit siput. Klau fikir ikut keadaan sekarang, mcm mne hidupan laut boleh wujud di kaki gunung?. Bermakna, kawasan kaki gunung jerai dahulu adalah laut.

      Delete
  5. min dalam piramid tu ade kapal selam

    ReplyDelete